Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,669

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

PUSPANITA akan terus berdiri teguh walau berdepan dengan pelbagai cabaran

3:15pm 22/01/2016 Leolerry Lajius 37 views Tempatan
Hairani menyampaikan cenderamata kepada Sukarti.

Hairani menyampaikan cenderamata kepada Sukarti.

KOTA KINABALU: PUSPANITA akan terus berdiri teguh walau berdepan dengan pelbagai cabaran yang mencabar.

Demikian ungkapan Penasihat PUSPANITA Cawangan Sabah Tan Sri Sukarti Bin Wakiman, ketika berucap merasmikan mesyuarat agung tahunan ke-33 PUSPANITA Cawangan Sabah di Dewan Bankuasi bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah pagi tadi.

“Walau apa pun cabaran yang dihadapi saya yakin PUSPANITA Cawangan Sabah mampu menanganinya melalui kreativiti dan semangat kerjasama di kalangan semua ahli,”katanya.

Tambah beliau, PUSPANITA Sabah yang kini menjangkau 33 tahun sejak penubuhannya pada 24 september 1983 telah membuktikan kemampuannya dan memberi impak positif kepada ahli amnya dan masyarakat khususnya.

Sukarti juga berkata, sifat positif di kalangan ahli PUSPANITA dan juga turut terlibat dengan pelabagai aktiviti kemasyarakatan membuktikan bahawa pertubuhan ini tidak lari dari memainkan peranan yang penting dalam usaha membantu dalam pembangunan negara.

“Sempena tahun baharu 2016 ini marilah kita bersama-sama menerapkan semangat untuk terus maju dan memperkukuhkan keyakinan dalam menangani apa juga cabaran serta melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan penuh dedikasi,” katanya.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan