Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Puspakom Perkenal Unit Pemeriksaan Bergerak

6:15pm 18/11/2015 Pak Roshan 46 views Mutakhir,Nasional

puspakom1

KUALA LUMPUR – Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) akan menawarkan perkhidmatan Unit Pemeriksaan Bergerak secara lawatan berjadual di beberapa lokasi kepada orang ramai.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohammed Shukor Ismail berkata, kemudahan itu bagi membantu orang ramai yang mahu membuat pemeriksaan kenderaan dengan Puspakom tetapi menetap jauh dari pusat pemeriksaan Puspakom.

“Ini merupakan salah satu daripada initiatif Puspakom dalam mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan demi kemudahan pelanggan.

“Unit Pemeriksaan Bergerak Puspakom yang disediakan pada bulan November dan Disember 2015 ini bermula dari pukul 8 pagi hingga 5 petang pada tarikh yang ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohammed Shukor berkata, perkhidmatan Unit Bergerak Puspakom itu meliputi semua jenis pemeriksaan mandatori kecuali pemeriksaan awalan yang digariskan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Menurutnya, ia termasuk pemeriksaan berkala, pemeriksaan khas, pemeriksaan tukar milik dan pemeriksaan sukarela yang melibatkan proses pemeriksaan pengesahan nombor enjin dan casis, pemeriksaan bahagian atas dan bawah kenderaan, ujian brek, ujian suspensi dan sebagainya.

“Kadar bayaran pemeriksaan yang dikenakan adalah seperti ketetapan kadar pemeriksaan semasa, bergantung kepada jenis pemeriksaan dan kenderaan. Proses pemeriksaan adalah mudah dan cepat, dan laporan pemeriksaan akan diberikan kepada pelanggan dengan serta merta,” katanya.

Orang ramai yang mahu mendapatkan perkhidmatan itu diminta menghubungi talian bebas tol Unit Pemeriksaan Bergerak PUSPAKOM di 1-800-222-210 atau talian bebas tol Puspakom 1-800-88-6927. – mynewshub.cc

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan