Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Puspakom Keningau Berpindah Ke Lokasi Baharu Mulai 2 Sept

puspakom keningau

KOTA KINABALU– Pusat Pemeriksaan Puspakom Keningau akan berpindah dan beroperasi di lokasi baharu di 4 km, Jalan Kimanis-Keningau, Kampung Patikang, Keningau bermula 2 Sept ini.

Cawangan baharu berkeluasan 87,120 kaki persegi itu dilengkapi peralatan pemeriksaan dan kemudahan pelanggan yang dinaik taraf dan menampung aktiviti pemeriksaan sekitar 60 hingga 70 kenderaan sehari.

Cawangan baharu itu juga dilengkapi ruang menunggu berhawa dingin, televisyen dan surau untuk memberikan kemudahan serta keselesaan kepada para pelanggan yang membawa kenderaan mereka untuk diperiksa.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom, Mohammed Shukor Ismail, ia merupakan komitmen Puspakom yang sentiasa mengutamakan keperluan pelanggan.

Beliau berkata penambahbaikan Pusat Pemeriksaan Puspakom akan dilakukan dari semasa ke semasa demi keselesaan pelanggan dan meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pelanggan.

“Dengan pengiktarafan pusat pemeriksaan Puspakom Keningau ini, saya berharap para pelanggan dapat menguruskan pemeriksaan kenderaan dalam keadaan yang lebih selesa,” katanya dalam satu kenyataan di sini, Jumaat.

Selain itu, para pelanggan hanya perlu menghubungi cawangan Puspakom Keningau di talian 087-339332 untuk membuat temujanji dan mengurus masa mereka dengan lebih baik dan berkesan sejak diperkenalkan pada 2012.

Untuk maklumat lanjut, para pelanggan boleh menghubungi talian bebas tol Puspakom 1-800-88-6927 atau layari laman sesawang Puspakom di www.Puspakom.com.my.

Komen


Berita Berkaitan