Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,655

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Puspakom Beroperasi Separuh Hari Pada 5 Julai

6:09pm 02/07/2016 Pak Roshan 76 views Mutakhir,Nasional

puspakomm

KUALA LUMPUR – Semua pusat pemeriksaan Puspakom di seluruh negara akan beroperasi separuh hari pada 5 Julai ini bermula pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari bersempena musim perayaan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom, Mohammed Shukor Ismail berkata, Puspakom memberi jaminan setiap temu janji pemeriksaan pada hari tersebut mengikut jadual dan berjalan dengan lancar.

“Para pelanggan yang mempunyai tarikh pemeriksaan yang luput pada 5 Julai dan ingin menjalankan pemeriksaan pada hari tersebut dinasihatkan membuat perancangan awal dengan mengunjungi pusat pemeriksaan sebelum pukul 12 tengah hari,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohammed Shukor berkata, Puspakom bagaimanapun telah mengambil inisiatif dengan melanjutkan waktu operasi pada 25 Jun 2016 dan 2 Julai 2016 sehingga pukul 5 petang.

Menurut beliau, langkah itu bertujuan memenuhi permintaan pemeriksaan yang tinggi menjelang musim perayaan ini.

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut sila hubungi talian bebas tol di 1-800-88-6927 atau emel [email protected],” katanya.

– MYNEWSHUB.CC

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan