Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,650

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pusat Zakat sumbang 13 buah van jenazah

11:50am 20/04/2016 Leolerry Lajius 59 views Tempatan
Musa (tengah) bersama pemimpin yang lain dan penerima van tersebut.

Musa (tengah) bersama pemimpin yang lain dan penerima van tersebut.

KOTA KINABALU: Seramai 13 penerima telah menerima Van Jenazah ‘Mobile team Al Akhirat’ yang diserahkan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman dalam satu majlis penyerahan yang dibuat di perkarangan Dewan Undangan Negeri, di sini, hari ini.

Menurut Penolong Setiausaha Kanan Agihan Pusat  Zakat  Ustaz Hj. Awangku Raimy Pengiran Abdul Rahman, penyerahan tersebut merupakan kesinambungan daripada penyerahan yang lalu sebagai salah satu platform untuk memberikan kemudahan kepada masyarakat islam yang memerlukan.

“Van ini adalah sumbangan daripada pusat zajat dengan kos bernilai RM1.4 juta dan diberikan atas keperluan masyarakat islam di kawasan tersebut.”

“Van ini bukan sahaja untuk tujuan pengurusan jenazah tetapi juga boleh digunakan untuk kegunaan lain sekiranya berlaku kecemasan,” katanya.

Sementara itu menurut Pengerusi Masjid Jamek Kampung Likas Seruji Hj. Nawawi yang juga merupakan salah seorang penerima van tersebut, beliau amat berterima kasih kepada pusat zakat kerana telah memberikan sebuah van untuk kegunaan penduduk di sekitar kampung likas.

“Van ini bukan sahaja boleh digunakan di masjid Kampung Likas tetapi ia juga boleh digunakan di sekitar Kota Kinabalu dan mana-mana pihak yang memerlukan boleh menggunakan kemudahan tersebut,” katanya.

Antara penerima van tersebut adalah Masjid Daerah Tawau Al-Khauthar, Markas Briged Kelima Infrantri Malaysia, Masjid Kampung Likas, Masjid Al-Khairat Kampung Bergosong Tawau, Masjid Kampung Batu Putih Sandakan, Masjid Ar-Rahman Taman Mawar Sandakan, Masjid Saidina Ali Bin Thalib Sandakan, Masjid Pekan Bongawan, Masjid Kariah Kampung Lohan Ranau, Daerah Kecil Matunggong, Pejabat Daerah Kota Belud, Daerah Kecil Sook dan Masjid Daerah Telupid.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Musa (kiri) menyerahkan replika kunci van jenazah kepada Seruji.

Musa (kiri) menyerahkan replika kunci van jenazah kepada Seruji.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan