Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,652

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pusat Seri Mengasih anjur larian amal “Heroes Run 2016”

2:53pm 22/01/2016 Elezebeth Esther Onjining 139 views Sukan,Tempatan
Wong (kanan tengah) menyerahkan cek kepada Monica (kiri tengah) yang disaksikan oleh Moses (tengah) dan para ejen hartanah

Wong (kanan tengah) menyerahkan cek kepada Monica (kiri tengah) yang disaksikan oleh Moses (tengah) dan para Ejen Hartanah

KOTA KINABALU- Rumah Seri Mengasih melalui “Family Support Group” akan menganjurkan satu larian amal yang bertemakan “Heroes Run” pada 10 April, tahun ini.

Pengerusi penganjur program larian amal “Heroes Run”, Moses Chiun berkata program tersebut adalah untuk mengumpul dana bagi pusat tersebut disamping menggalakkan cara hidup yang sihat di kalangan masyarakat.
“Saya melihat bahawa acara larian adalah satu aktiviti yang popular di kalangan masyarakat sekitar kerana ia bukan sahaja satu aktiviti yang menyeronokkan malah ia juga menggalakkan cara hidup yang sihat”, kata Moses.
Larian amal Pusat Seri Mengasih adalah sepanjang 10 kilometer (km) dan bermula di Kompleks Sukan Likas dan akan berakhir di tempat yang sama.
Disamping itu, pusat tersebut juga telah menyediakan acara larian sejauh 3km di Kompleks Sukan Likas bagi mereka yang kurang berupaya serta ahli keluarga. Acara larian tersebut akan bermula setelah peserta acara larian 10 km dilepaskan.
Mereka yang berminat boleh mendaftarkan diri dan yuran bagi setiap penyertaan awal adalah sebanyak RM70, manakala, yuran bagi pendaftaran lewat pula adalah sebanyak RM90 per individu.
Walaubagaimanapun, pusat tersebut turut menawarkan diskaun istimewa bagi kumpulan individu. Yuran pendaftaran untuk satu kumpulan yang terdiri lebih daripada 30 orang akan diberi diskaun sebanyak RM5 untuk setiap individu. Manakala, kumpulan yang melebihi 60 orang akan diberi diskaun sebanyak RM10 untuk setiap individu.
Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah Pengarah Eksekutif Pusat Seri Mengasih, Monica Chua, Pengarah Program dan Perkhidmatan Pusat Seri Mengasih, Jenny Tham dan Pengarah Urusan Azmi & Co (Sabah) Sdn Bhd, Wong Chaw Kok yang hadir untuk menyerahkan cek bernilai RM 10,000 untuk menaja program tersebut. Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah
Jenny (kedua dari kiri) membawa Wong dan para Ejen Hartanah melawat seluruh pusat tersebut

Jenny (kedua dari kiri) membawa Wong dan para Ejen Hartanah melawat seluruh pusat tersebut

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan