Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pusat Satelit ISN perlu diperluas ke semua daerah di Sabah

Tawfiq Abu Bakar Titingan (kiri) menyampaikan cendera kenangan kepada Khairy Jamaluddin dalam majlis Majlis Pelancaran Pusat ISN di Dewan Tertutup Kompleks Sukan Tawau. - foto Masani Sandan
Tawfiq Abu Bakar Titingan (kiri) menyampaikan cendera kenangan kepada Khairy Jamaluddin dalam majlis Majlis Pelancaran Pusat ISN di Dewan Tertutup Kompleks Sukan Tawau. – foto Masani Sandan

TAWAU – Pusat Satelit Institut Sukan Negara (ISN) diharap dapat diperluas kesemua kawasan melibatkan bahagian Pedalaman Atas, Pedalaman Bawah dan Pantai Barat negeri ini, sebagai usaha pembangunan sukan di Sabah.

Menteri Belia dan Sukan negeri, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata, pusat berkenaan akan dapat memberi sumbangan besar kepada peningkatan kualiti atlet memandangkan pegawai yang ditempatkan di pusat berkenaan terdiri daripada graduan sains sukan yang bertauliah.

“Saya difahamkan bahawa pusat yang dilancarkan di daerah ini adalah yang ke-16 dalam negara dan yang ketiga di negeri ini selepas Kota Kinabalu dan Sandakan,” katanya ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Pusat ISN di Dewan Tertutup Kompleks Sukan Tawau yang disempurnakan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Menurut Tawfiq, pegawai bertauliah itu bukan sahaja dapat memberikan khidmat kaunseling tetapi juga bertindak sebagai pakar pemakanan dan jurupulih anggota.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas itu berkata, kewujudan pusat berkenaan di daerah ini tepat pada masanya berikutan penganjuran Kejohanan Sukan Sabah (SAGA) Kali Ketujuh pada 1 hingga 5 Jun ini.

“Difahamkan pusat ini menawarkan empat perkhidmatan sains sukan iaitu fisiologi senam, suaian fizikal, pemakanan sukan dan psikologi sukan dan bakal memberi manfaat kepada kira-kira 5,000 atlet temaysa itu nanti,” ujarnya.

Katanya, sebanyak 20 sukan akan dipertanding pada Sukan SAGA yang akan disertai 26 daerah termasuk penyertaan dari Sarawak sertanegara jiran iaitu Brunei dan Kalimantan Utara, Indonesia. – oleh Masani Sandan / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan