Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pusat reflexologi dibina bantu golongan buta

Golongan sukarelawan membantu menyiapkan bakul-bakul rotan. - foto ihsan Jabatan Penerangan Sabah
Golongan sukarelawan membantu menyiapkan bakul-bakul rotan. – foto ihsan Jabatan Penerangan Sabah

TUARAN – Sebuah pusat reflexologi dirancang untuk dibina di Pusat Orang Buta (POB) Tuaran yang sudah pasti akan menjadi daya tarikan pelancong baharu di pusat tersebut.

Presiden Pertubuhan Bagi Orang-orang Buta Sabah, Datuk Rosalind Chew berkata, pusat reflexologi itu dijangka mula dibina pada September depan yang boleh menempatkan 10 hingga 15 pelanggan dalam satu-satu masa.

“Lokasi pusat reflexologi ini bersebelahan tapak penanaman pokok kelapa pandan yang sesuai dijadikan sebagai landskap semula jadi agar pelanggan yang datang merasa selesa dan segar,” jelas.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa Penanaman 100 Pokok Kelapa Pandan oleh Program Sukarelawan iM4U anjuran Persatuan Suri dan Anggota Perkhidmatan Awam (PUSPANITA) Cawangan Sabah.

Ia dirasmikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Tan Sri Sukarti Wakiman.

Menurut beliau, pusat tersebut bukan sahaja menyediakan perkhidmatan reflexologi tetapi juga dijadikan pusat latihan kemahiran kepada warga orang kurang upaya penglihatan. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan