Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PUSAT RAWATAN DAN PEMULIHAN PENAGIH SABAH DITAMBAH

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman bersama Pengarah AADK Sabah, Bakri Bibi (dua kanan) mengikuti Op Khas Adu di sini semalam. Gambar SNT/ Mohd Adam Arinin

KOTA KINABALU: Perancangan akan dibuat bagi menambah bilangan Pusat Rawatan dan Pemulihan (CCRC) di Sabah dalam usaha membantu penagih menghilangkan tabiat menyalahgunakan dadah.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman berkata cadangan ini perlu bagi menampung jumlah penghuni CCRC sedia ada di negeri ini yang semakin meningkat setiap tahun.

Setakat ini, Sabah hanya mempunyai sebuah CCRC terletak di Kimanis dan hanya mampu menampung sekitar 250 orang penghuni sahaja pada satu masa.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman pada sidang media selepas Op Khas Adu di Kampung Karambunai, Sepanggar. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

“Tetapi ketika ini, CCRC berkenaan dihuni kira-kira 400 penagih dadah yang sedang menjalani rawatan.

“Dengan cadangan pembinaan CCRC di kawasan Pantai Barat dan Pantai Timur kelak pasti memudahkan pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) untuk menerima dan menghantar penagih di kawasan berkenaan untuk mendapatkan rawatan dan memudahkan ahli keluarga untuk berjumpa ketika mereka ini menjalani rawatan.

“CCRC khas untuk wanita juga perlu diwujudkan agar penghuni tidak bercampur dengan penghuni lelaki,” katanya ketika sidang media selepas Op Khas Adu, di sini semalam.

Turut hadir Komander Pasukan Taktikal Khas dan Siasatan (STRIKE) AADK Malaysia, Zainudin Abdullah, Pengarah AADK Sabah, Bakri Bibi dan Ketua Penguatkuasa AADK Kota Kinabalu, Lawrance Galleh.

Dalam operasi yang dijalankan selama dua hari itu, seramai 40 orang disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah diperiksa dan 36 orang daripadanya positif ujian saringan air kencing.

Operasi yang dijalankan turut dibantu beberapa anggota polis dan penguatkuasa Dewan Bandaraya Kota Kinabalu. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan