Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,637

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pusat Pengajian Pelancongan Dibangunkan Di Sabah Tahun Depan

8:02pm 18/08/2016 Pak Roshan 157 views Berita Pilihan,Mutakhir,Pendidikan
idris jusoh

Datuk Seri Idris Jusoh

TAWAU : Kementerian Pendidikan Tinggi akan membangunkan sebuah pusat pengajian pelancongan di Sabah tahun depan.

Menteri berkenaan Datuk Seri Idris Jusoh berkata pusat itu, yang akan dikenali sebagai Kota Kinabalu Tourism Academy, bakal menawarkan program pengajian peringkat sijil dan diploma.

Beliau berkata pusat pengajian itu, yang kos pembinaannya dianggarkan di antara RM30 juta dan RM40 juta, dapat menempatkan sehingga 400 pelajar.

“Perancangan mewujudkan pusat itu kini dalam peringkat akhir perbincangan.

“Bakal pelajar pusat ini khususnya dari Sabah tidak perlu risau dengan soal pekerjaan kerana sektor pelancongan di negeri ini sangat luas,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bangunan Seni Kulinari Kolej Komuniti Tawau di sini, hari ini.

Idris berkata dengan adanya premis seni kulinari itu, pelajar bukan sahaja didedahkan kepada kemahiran seni kulinari malah, berpeluang mendapatkan pekerjaan.

“Jangan risau masuk kolej komuniti kerana 97 peratus graduannya pasti mendapat pekerjaan berbanding institusi pengajian yang lain.

“Sebab itu, pada masa ini terdapat 93 kolej komunti dan 34 politeknik di seluruh negara yang memberi kemahiran kepada para pelajar,” katanya.

Terdahulu, Idris menyerahkan kunci rumah komuniti kepada balu Norhayati Awang Amin, 44 di Kampung Ranggu di sini.

Rumah komuniti itu dibina oleh pelajar dan pensyarah dari lapan Kolej Komuniti di Sabah.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan