Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pusat Penamaan Calon Parlimen Tenom Terbakar

Foto Ihsan Pembaca

 

KOTA KINABALU – Sebuah dewan yang digunakan sebagai pusat penamaan calon PRU14 bagi Parlimen Tenom semalam menjadi kecoh hari ini apabila hos dapur gas telah bocor menyebabkan api marak.

Pekerja kantin, Mohd Izzudin Aizat Mohd Ishak, 21, berkata punca kebakaran berlaku di Dewan Datuk Seri Panglima Antanom, Tenom, ketika rakannya sedang menjereng air semasa hos dapur gas bocor.

“Kantin tidak beroperasi hari ini, tetapi kami berada di situ untuk membuat kerja dan rakan saya sedang menjerang air.

“Berlaku kebocoran pada hos dapur gas sebelum api menyala. Kami cuba memadamkannya dengan menggunakan alat pemadam api, tapi gagal,” katanya ketika dihubungi,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya lagi, dia sempat membuat panggilan kecemasan sejurus selepas usaha memadamkan api tersebut gagal.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 3 petang menyebabkan Mohd Izzudin dan tiga lelaki lain yang melakukan persiapan kempen sempena Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di dewan itu terus keluar untuk menyelamatkan diri.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Tenom berkata, pihaknya menerima panggilan pada 3.10 petang dan seramai 11 anggota bersama dua jentera dikejar ke lokasi.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden berkenaan dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. – MYNEWSHUB/MIZE

Foto Ihsan Pembaca

Komen


Berita Berkaitan