Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pusat Pemulihan Dalam Komuniti OKU terbakar

Beginilah keadaan api yang memusnahkan bangunan PDK Tenom. - foto ihsan bomba
Beginilah keadaan api yang memusnahkan bangunan PDK Tenom. – foto ihsan bomba

TENOM – Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) yang menempatkan pelajar orang kurang upaya (OKU) di Jalan Bukit Bendera, dekat sini terbakar awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Balai Bomba dan Penyelamat Tenom, Runzee Abdul Thani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada pukul 1.36 pagi dan bergegas ke tempat kejadian bersama 10 anggota bomba serta sebuah jentera bomba.

“Kebakaran itu berjaya dipadam sepenuhnya kira-kira pukul 2.48 pagi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Runzee, tiada kemalangan jiwa dilaporkan serta punca kebakaran dan
kerugian masih dalam siasatan. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan