Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pusat Pemindahan Kem Bina Negara Ditutup

btn

KUNDASANG : Pusat pemindahan Kem Bina Negara yang dibuka Ahad lepas bagi menempatkan mangsa banjir lumpur dari Kampung Mesilau ditutup pada pukul 8 pagi tadi.

Pengawai Daerah Ranau, Faimin Kamin berkata semua penghuni pusat pemindahan berkenaan telah kembali ke rumah masing-masing.

Pada Ahad lepas, 284 orang daripada 66 keluarga dari Kampung Mesilau ditempatkan di pusat pemindahan berkenaan sebagai langkah keselamatan selepas banjir lumpur berlaku di Sungai Mesilau.

Bagaimanapun pada pukul 6 semalam, jumlah berkenaan berkurangan kepada 62 orang selepas sebahagian mereka kembali ke rumah masing-masing.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan