Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pusat pelupusan sampah berteknologi tinggi bakal dibina di Beaufort

Azizah Mohd Dun (tiga kiri) menyampaikan surat lantikan kepada salah seorang Ahli Majlis Daerah Beaufort yang dilantik ketika di majlis itu. - foto Nellco Khuzairi
Azizah Mohd Dun (tiga kiri) menyampaikan surat lantikan kepada salah seorang Ahli Majlis Daerah Beaufort yang dilantik ketika di majlis itu. – foto Nellco Khuzairi

BEAUFORT – Sebuah pusat pelupusan sampah berteknologi tinggi akan dibina pada tahun ini di tapak seluas empat hektar di kawasan Klias bagi menggantikan pusat pelupusan sampah yang lama di Kampung Muhibbah, di sini.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd. Dun berkata, projek perintis Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Sabah itu akan memastikan pembuangan sisa pepejal lebih terus serta mesra alam.

“Pusat pelupusan sampah ini akan dilengkapi dengan sistem pengurusan canggih yang mampu melupus ¬†sisa-sisa pepejal dengan lebih efisen dan juga mesra alam berbanding tapak yang sedia ada di Kampung Muhibbah.

“Pusat pelupusan yang lama itu akan ditutup perlahan-lahan secara berperingkat apabila ia siap sepenuhnya dan mula beroperasi kelak, ” katanya ketika temui pemberita selepas majlis angkat sumpah Ahli-ahli Majlis Daerah Beaufort, di sini hari.

Mengenai kos pembinaan pusat pelupusan baharu itu, Azizah yang juga Ahli Parlimen Beaufort itu tidak menyatakan secara terperinci kos sebenar projek berkenaan namun pada prinsipnya ia telah diluluskan.

“Pembinaannya akan dimulakan sejurus selesai beberapa proses berkaitan seperti lantikan kontraktor dibuat. Sudah tentu kerajaan akan memperkenalkan projek ini ke beberapa daerah lain di negeri ini,” ujarnya. – oleh Nellco Khuzairi / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan