Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pusat Pakar Pergigian pertama di Sabah dibina

Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Negeri, Stephen Wong Tien Fatt (tengah) disertai oleh Pengarah Urusan Artistry Dental Lab, George Wong memotong riben simbolik perasmian klinik tersebut. Gambar SNT / Sitti Nor Azizah Talata

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri akan membina sebuah Pusat Pakar Pergigian (DSC) yang pertama di Sabah dengan kos menelan belanja sebanyak RM31.2 juta.

Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Negeri, Stephen Wong Tien Fatt berkata, projek pembinaan DSC itu telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan dan ia akan dibina di sebuah kawasan yang telah ditentukan di Luyang.

“Sekiranya semua berjalan lancar, kita pasti dapat memulakan operasi DSC tahun depan. Ia mempunyai beberapa kemudahan seperti klinik pembedahan pergigian yang dikendalikan sepenuhnya oleh pakar,” katanya.

Terdahulu beliau merasmikan pembukaan Artistry Dental Lab (ADL) yang terletak di Damai Plaza, Luyang. Ia turut dihadiri Pengarah Urusan ADL, George Wong.

Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat, Stephen Wong Tien Fatt (dua dari kanan) diberikan taklimat mengenai operasi Artistry Dental Lab oleh Pengarah Urusanmya, George Wong (kiri) semasa melawat klinik berkenaan di Damai Plaza, Luyang. Gambar SNT / Sitti Nor Azizah Talata

ADL merupakan klinik pergigian pertama di Sabah yang menggunakan kaedah pembedahan menggunakan teknologi tiga dimensi (3D).

Dalam perkembangan lain, Stephen berkata, usaha kerajaan menggalakan pihak swasta untuk menawarkan perkhidmatan kesihatan dengan kaedah teknologi canggih diharap mampu menarik minat doktor pakar tempatan untuk bekerja di Sabah.

Katanya, langkah itu bertujuan mengurangkan jurang nisbah bagi seorang doktor di Sabah yang jauh berbeza berbanding di Semenanjung.

“Di Sabah nisbah seorang doktor ialah satu doktor bersamaan 12,000 pesakit manakala di Semenanjung pula seorang doktor untuk merawat kira-kira 6,000 pesakit,” jelasnya.

Justeru, katanya, kerajaan akan berusaha menambah jumlah doktor pergigian yang terdiri daripada rakyat tempatan selain menggalakkan mereka yang berkhidmat di luar negeri agar kembali ke Sabah. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan