Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,669

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pusat MyCyber [email protected] dijangka beroperasi bulan Julai depan

5:50pm 19/05/2016 Elezebeth Esther Onjining 20 views Tempatan
Mustaffa (enam dari kiri) dan Felix (tujuh dari kiri) bertukar dokumen perjanjian pada majlis itu, turut kelihatan ahli-ahli lembaga Koperasi Tokou Sabah Berhad.

Mustaffa (enam dari kiri) dan Felix (tujuh dari kiri) bertukar dokumen perjanjian pada majlis itu, turut kelihatan ahli-ahli lembaga Koperasi Tokou Sabah Berhad.

KOTA KINABALU- Satu memorandum perjanjian dimeterai antara CyberSecurity Malaysia, pusat pakar teknikal keselamatan siber nasional, sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Koperasi Tokou Sabah Berhad bagi membangunkan Pusat MyCyber [email protected] di Tamparuli Point Pekan Tamparuli.

Naib Presiden Bahagian Outreach & Pembangunan Kapasiti CyberSecurity Malaysia Lt.Kol Mustaffa Ahmad (bersara) berkata, pusat tersebut bertujuan meningkatkan kualiti kehidupan komuniti setempat agar dapat menikmati kemudahan perkhidmatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) sejajar dengan perkembangan arus digital masa kini.

“Penubuhan pusat itu juga selaras dengan hasrat kerajaan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju dan berdaya saing.

“Oleh itu terdapat keperluan untuk mewujudkan hub ICT seumpama ini sebagai platform bagi penganjuran pelbagai program serta aktiviti selain menjadi hub penyebaran ilmu pengetahuan mengenai penggunaan komputer dan internet secara apositif,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan taklimat media Program MOSTI MSI Pembangunan Pusat MyCyber [email protected], di Le Meridien di sini, hari ini.

Menurut beliau, pusat itu akan dilengkapi 15 buah komputer dan peralatan ICT lain seperti akses internet, percetakan digital dan mesin pengimbas apabila ia siap dibina.

Katanya penggunaan komputer akan memudahkan komuniti setempat melakukan perbankan dalam talian serta transaksi dalam talian seperti pembayaran bil dan utiliti.

“CyberSecurity Malaysia juga akan terlibat dalam membuat pengisian program antaranya, program pembangunan laman sesawang, program latihan berkaitan keselamatan siber seperti CyberSAFE, perkhidmatan MyCyberSecurity Clinic seperti perkhidmatan pemulihan data dan sanitasi data,” katanya.

Sehubungan itu, Pusat MyCyber itu dijangka beroperasi sepenuhnya pada Julai depan.

Hadir sama, Presiden Koperasi Tokou Sabah Berhad, Felix Joseph.- SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan