Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pusat media PRU-14 mula beroperasi khamis ini

KOTA KINABALU: Jabatan Penerangan Sabah (JaPen) akan membuka Pusat Media Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) bermula Khamis ini.

Pengarahnya, Swady Guliling​ berkata​,​ tujuan​nya​ adalah sebagai pusat sehenti kepada pengamal media untuk mendapatkan maklumat berkenaan PRU14 yang sahih dan terkini.​

Menurut beliau, melalui pusat media itu pengamal media dapat berkongsi maklumat seterusnya menghasilkan liputan mantap kepada para pembaca.

Justeru, Swady mempelawa para pengamal media untuk memanfaatkan kemudahan yang disediakan di Bilik Manukan, Aras Bawah Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Jalan Lintas-Kepayan.

“JaPen berperanan membuka pusat media ​setiap kali PRU ​berlangsung dan terima kasih kepada pengamal media yang sentiasa memberi kerjasama yang baik selama ini.

“Kita menjemput para pengamal media untuk menggunakan peluang ini dan pusat ini akan mula ber​operasi pada​ 26 April sehingga berlangsungnya PRU-14 nanti.

“Pusat ini dibuka pada jam 10.30 pagi hingga 9 malam setiap hari kecuali pada Hari Penamaan Calon dan Hari Pengundian iaitu hingga 12 tengah malam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.​

Tambah beliau, pusat yang dilengkapi kemudahan internet, WiFi 100Mbps, perkhidmatan foto dan maklumat berkaitan PRU serta ​​running coffee dibuka pada jam 10.30 pagi hingga 9 malam setiap hari.
​​
Untuk maklumat lanjut, boleh menghubungi Ketua Pusat Media, Imelda Godon atau Diana Dominic di talian 088-744912./Penerangan-

Komen


Berita Berkaitan