Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pusat Latihan Orang Buta Taman Cahaya Pohon Bantuan Gantikan Van Usang

orgbuta

SANDAKAN: Pusat Latihan Kemahiran bagi Orang Buta Taman Cahaya yang terletak di Taman Muhibbah Batu 12 di sini memohon bantuan derma kenderaan jenis van sama ada baharu atau terpakai daripada individu, pertubuhan atau syarikat bagi menggantikan van sedia ada yang sudah usang.

Pengerusi pusat latihan berkenaan Denny Cheong Sung Chin berkata van yang mereka miliki sekarang sudah digunakan selama 18 tahun dan pada masa sekarang kerap mengalami kerosakan.

Katanya selain mengalami kerosakan yang menyukarkan mereka bergerak ke satu destinasi, pihak pusat latihan juga bimbang keselamatan penumpang jika berlaku sesuatu di luar jangkaan.

“Pusat latihan ini memerlukan bantuan untuk menggantikan van tersebut kerana ia adalah satu-satunya medium untuk mereka bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain,” katanya kepada Bernama di sini Isnin.

Beliau berkata penggunaan van diperlukan bagi menghantar pelatih pusat latihan ke hospital dan ke pusat bandar bagi mereka yang mahu membeli barang keperluan.

Katanya van itu turut digunakan untuk pergi ke kampung-kampung di pedalaman bertujuan mencari orang cacat penglihatan untuk dijadikan pelatih di pusat berkenaan.

Komen


Berita Berkaitan