Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,794

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pusat Komuniti Tanjong Batu perkenalkan kelas bahasa Inggeris

5:10am 09/11/2016 Leolerry Lajius 229 views Pendidikan,Tawau,Tempatan
Serahan....Hamisa menerima bahan bacaan daripada Amidah di Pusat Komuniti E-Desa Tanjong Batu kelmarin.

Serahan….Hamisa menerima bahan bacaan daripada Amidah di Pusat Komuniti E-Desa Tanjong Batu kelmarin.

Tawau : Satu lagi usaha sama Hap Seng Group ialah Tg Batu English Community Room bersama Adun Tanjong Batu adalah menyerahkan bahan bacaan Bahasa Inggeris untuk Pusat Komuniti Tanjong Batu.

 

Hap Seng  Group telah menyumbangkan sejumlah bahan-bahan bacaan dan kelengkapan lain seperti komputer yang dilengkapi dengan material yang dapat membantu kanak-kanak mempelajari Bahasa Inggeris dalam era globalisasi.

 

Hamisa yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat berkata,  beliau menyedari betapa pentingnya menguasai dan mempelajari Bahasa Inggeris.

 

“Melalui usaha Hap Seng Group dengan Unit PPM Tanjong Batu,  saya mahu mewujudkan persekitaran Bahasa Inggeris di kalangan segenap lapisan masyarakat terutama komuniti di Dun Tanjong Batu.”

 

“Saya juga  telah menyeru agar  kelas Bahasa Inggeris diperkenalkan untuk golongan dewasa yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin masyarakat Dun N.59 Tanjong Batu. Seorang mentor yang ditaja oleh Hap Seng Group akan membantu dalam pembelajaran dan penguasaan Bahasa Inggeris dan ini adalah Pusat Komuniti pertama yang seumpamanya di daerah Tawau dan Sabah khususnya,” jelas Hamisa.

 

Hamisa turut berharap pihak Hap Seng Group dan Dun N59 Tanjong Batu akan memperluaskan program ini kepada golongan komuniti setempat di Kampung Tanjong Batu.

“Diharap usaha murni ini memberi impak positif kepada setiap golongan masyarakat seperti kanak-kanak, ibu bapa, golongan remaja dan siapa sahaja yang berminat untuk belajar menguasai Bahasa Inggeris,”katanya.

 

Menurut beliau bukan sahaja anak-anak sekolah perlu bertutur dan menguasai Bahasa Inggeris, tetapi, setiap lapisan masyarakat terutama sekali ibu bapa dan remaja yang masih mahu memperbaiki penguasaan mereka.

 

“Jangan terlepas peluang yang diberikan dan dibawa oleh syarikat Hap Seng Group ini. Di Pusat E-Desa ini nanti masyarakat Tanjong Batu bukan sahaja boleh menimba ilmu dalam bidang teknologi maklumat (IT), tetapi juga boleh belajar menguasai Bahasa Inggeris.

 

“Usaha murni seperti yang ditunjukkan oleh syarikat Hap Seng Group selaku badan korporat perlu dicontohi oleh syarikat-syarikat korporat yang lain di negeri ini dan saya amat menghargai sumbangan Hap Seng Group dalam memanfaatkan kemudahan ini masyarakat di kawasan Tg Batu,” ujarnya.

 

Penyerahan Bean Bags yang dihasilkan akan dipamerkan serta digunakan di English Room di Pusat Komuniti Tanjong Batu.

Penyerahan Bean Bags yang dihasilkan akan dipamerkan serta digunakan di English Room di Pusat Komuniti Tanjong Batu.

Syarikat swast Hap Seng Group telah menyumbang bahan bacaan untuk Pusat Komuniti E-Desa Tanjong Batu semalam. Majlis penyerahan itu disampaikan oleh Pengurus Kanan CSR Hap Seng Group, Amidah Abidin kepada Adun Tanjong Batu, Datuk Hamisa Samat.

 

Dalam majlis itu turut diadakan penyerahan Bean Bags yang dihasilkan melalui usaha sama di antara DUN N59 Tg Batu dan Hap Seng Group bersama komuniti wanita di sekitar Kampung Tanjung Batu. Program ini memberi peluang kepada kaum wanita untuk menceburkan diri dalam industri kraftangan melalui jahitan di samping dapat menjana pendapatan sampingan buat keluarga.

 

Seramai lima kumpulan yang diketuai oleh lima fasilitator jahitan dari Bengkel Jahitan Kampung Tanjong Batu telah menyertai dan mengetuai usaha murni ini, idea dan material disumbangkan oleh Hap Seng Group. Turut hadir pemimpin-pemimpin masyarakat DUN N.59 Tanjung Batu.

 

Menurut Pengurus Kanan CSR Hap Seng Group Amidah Abidin, berkata seramai lebih kurang 50 orang peserta menyertai bengkel jahitan dan membuat Bean Bag dan hasilnya sangat memuaskan.

 

Beliau berkata golongan wanita di Dun Tanjong Batu menggunakan aplikasi youtube untuk mendapat idea dan belajar bagaimana membuat Bean Bag. Dengan material yang ada, para peserta menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan Bean Bag rekaan masing-masing. Bean Bags yang dihasilkan akan dipamerkan serta digunakan di English Room di Pusat Komuniti Tanjong Batu./SayangSabah

 

Pusat Komuniti E-Desa Tanjong Batu, Tawau yang pertama mengujudkan Kelas Bahasa Inggeris.

Pusat Komuniti E-Desa Tanjong Batu, Tawau yang pertama mengujudkan Kelas Bahasa Inggeris.

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan