Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pusat Kebudayaan China dan pendidikan di malaysia kini dibuka

3:29pm 07/12/2015 Dewiana Tinggolongon 11 views Kota Kinabalu,Pendidikan,Tempatan
Wilson (kiri) menyerahkan cenderahati kepada Konsulat Jeneral China, Chan Peijie (kanan).- Foto Jimmy Tan / sayangsabah.

Wilson (kiri) menyerahkan cenderahati kepada  Chan Peijie (kanan).- Foto Jimmy Tan / sayangsabah.

KOTA KINABALU- Pelancaran pembukaan Pusat Kebudayaan China dan Pendidikan di Malaysia (Sabah) oleh Institut Seni Sabah (SIA) dan Pusat Universiti Norma China (CCNU) memberi peluang baharu kepada golongan muda-mudi di Sabah untuk meluaskan pengajian mereka dalam bidang seni.

Ketua Pegawai Eksekutif SIA Prof Datuk Dr. Wilson Yong Tung berkata, pembukaan pusat kebudayaan itu merupakan satu kolaborasi bersama CCNU dengan menganugerahkan SIA sebagai pusat pembelajaran CCNU di Malaysia.

“Institut ini akan menawarkan pengajian Sarjana Seni dan Antarabangsa di Luar Negara Han Yu (Cina) dan program pengajian dalam peringkat Master,” katanya ketika berucap dalam pelancaran Pusat Kebudayaan Cina dan Pendidikan di Malaysia di sini hari ini (Isnin).

Turut hadir dalam majlis itu, Konsulat Jeneral China, Chan Peijie.

Menurutnya, melalui pembukaan pusat berkenaan, ia memberi peluang untuk pelajar di Sabah mendapat pengajian di peringkat global dan menikmati pengajian istimewa tanpa belajar ke luar negara.

Jelas beliau, Program Master untuk Luar Negara antarabangsa Han Yu adalah terbuka kepada semua orang termasuk golongan bukan Cina.

“Pusat ini juga bertujuan bagi meningkatkan tahap penggunaan bercakap dan menulis dalam bahasa Mandarin dan ia adalah satu kelebihan untuk menguasi Cina sebagai bahasa antarabangsa kedua terbesar di seluruh dunia,” ujarnya.

Katanya, kos pengajian pelajar juga dapat dijimatkan melalui penubuhan pusat itu disamping pelajar menerima standard pembelajaran antarabangsa.

Wilson berkata, pembukaan pusat itu adalah sebahagian daripada strategi SIA untuk menyediakan pendidikan berkualiti di Sabah dengan menggunakan sumber dan bakat besar dalam menyokong pembangunan negara selaras dengan matlamat negara untuk meningkatkan taraf pendidikan.- Oleh Dewiana Tinggolongon / sayangsabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan