Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pusat judi haram diserbu, tujuh ditahan

anggota polis melakukan pemeriksaan terhadap individu yang didapati berada di dalam rumah yang diserbu itu. - Foto IPD Kota Kinabalu
anggota polis melakukan pemeriksaan terhadap individu yang didapati berada di dalam rumah yang diserbu itu. – Foto IPD Kota Kinabalu

KOTA KINABALU – Sepasukan anggota Cawangan D7 Ibupejabat Polis Daerah menyerbu sebuah rumah yang dijadikan sebagai pusat perjudian haram dalam talian di Kuala Menggatal, di sini pada jam 5 petang semalam.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner M.Chandra berkata, dalam serbuan itu, polis turut menahan lima lelaki dan dua perempuan berumur antara 20 hingga 47 tahun termasuk seorang lelaki warga asing.

“Siasatan awal mendapati, tiga lelaki yang ditahan itu merupakan pelanggan, manakala empat yang lain termasuk dua wanita adalah pekerja pusat perjudian yang baru lima hari beroperasi secara haram di rumah terbabit,” katanya di sini hari ini.

Antara barangan yang dirampas dalam serbuan di rumah tidak bernombor itu ialah 16 set komputer, dua modem, satu Broadband dan wang tunai RM252.

“Polis kini sedang giat mengesan penganjur aktiviti perjudian haram tersebut,” katanya sambil menambah bahawa kesemua yang ditahan itu akan disiasat di bawah Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Beliau juga menegaskan bahawa pihak polis sentiasa membuat pemantauan bagi membanteras aktiviti judi haram terutama di kawasan perkampungan luar bandar.
– oleh Nuzir Andi Samsiar / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan