Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pusat hiburan hampir musnah dalam kebakaran

5:27pm 25/02/2016 Leolerry Lajius 151 views Tempatan

PENAMPANG: Sebuah bangunan pusat hiburan nyaris musnah apabila terbabit dalam satu kejadian kebakaran yang berlaku di Jalan Bundusan, di sini, pagi tadi.

Pihak bomba telah menerima makluman mengenai kejadian yang melibatkan Pusat Hiburan 888 yang terbakar 40% itu pada jam 10.32 pagi dan operasi yang diketuai oleh PKPgB Mohammad Akramin Sakirun tiba di lokasi sejauh 2.8 kilometer itu pada jam 10.36 pagi.

Pihak bomba berjaya mengawal kebakaran yang melibatkan kebakaran bagunan dua tingkat di bahagian hiburan itu pada jam 11.31 pagi daripada merebak ke seluruh bangunan.

Tiada mangsa yang dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan