Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pusat Aktiviti Warga Emas dibina di Beaufort

Seorang pelajar yang terlibat dalam forum itu cuba menyelesaikan 'puzzle' yang merupakan salah aktiviti yang diadakan sempena program berkenaan. - foto Aryan De Vera
Seorang pelajar yang terlibat dalam forum itu cuba menyelesaikan ‘puzzle’ yang merupakan salah aktiviti yang diadakan sempena program berkenaan. – foto Aryan De Vera

MENUMBOK – Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) bakal dibina di kawasan ini khusus buat golongan warga emas di daerah Beaufort melakukan aktiviti rekreasi, sekaligus membolehkan mereka menjalani kehidupan lebih baik.

Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd. Dun berkata, pusat rekreasi itu bakal dibina tahun ini di kawasan berdekatan Mahkamah Syariah Daerah Beaufort dengan kos berjumlah RM900,000.

“Pembinaan PAWE yang merupakan pertama seumpamanya di Sabah bakal memberi banyak kebaikan kepada golongan berkenaan. Menerusinya, kita dapat menghimpun warga emas yang terdapat di daerah ini dan kawasan berdekatan agar melibatkan diri dengan pelbagai program bermanfaat yang telah dirangka.

Ia bagi memastikan golongan ini terus aktif dan dapat menjalani kehidupan sihat serta lebih bermakna,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Forum Awam Pendidikan Remaja Sihat di Dewan Awang Semaun, di sini hari ini.

PAWE yang diwujudkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sejak 2007 merupakan tempat riadah warga emas yang ingin menjalani aktiviti berfaedah sejajar dengan usaha kerajaan memastikan golongan itu sihat, aktif dan produktif.

Selain rekreasi, program keagamaan, terapi pemulihan, pemeriksaan perubatan serta latihan dan seminar berkaitan turut disediakan di 45 buah PAWE yang telah diwujudkan di seluruh negara.

Dalam perkembangan lain, Azizah yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata, sebanyak 14 buah Pusat Remaha [email protected] diwujudkan di seluruh negara sejak diperkenalkan pada 2005  menerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

Katanya, ia merupakan usaha berterusan kerajaan bagi memastikan golongan remaja dari peringkat umur 13 hingga 24 tahun mendapat manfaat daripada pelbagai program diwujudkan di [email protected] ini seperti khidmat kaunseling dan kesihatan.
Beliau menambah, usaha itu mampu menyemai nilai-nilai murni dan positif di kalangan remaja terhadap perkembangan sosial serta kesihatan diri, sekaligus membantu mereka mengatasi masalah fizikal dan mental yang dihadapi. – oleh Aryan De Vera / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan