Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,800

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pusara Ali sudah bernisan

9:19am 10/08/2016 Pak Roshan 53 views Global
SEORANG pengunjung membaca kitab suci al-Quran di pusara Ali.

SEORANG pengunjung membaca kitab suci al-Quran di pusara Ali.

Louisville: Inilah gambar pertama batu nisan di pusara bekas juara tinju heavyweight dunia, Muhammad Ali, di Louisville, Kentucky, Amerika Syarikat.

Ia tidak ubah seperti plak dengan namanya, tanpa tarikh lahir atau tarikh mati, jauh sekali ucapan diukir pada batu marmar hitam itu.

Jaguh itu sebelum dilaporkan hanya mahu perkata ‘Ali’ sahaja dilakar pada batu nisannya,

Tapak pusara yang terletak di tanah perkuburan bersejarah Cave Hill di Louisville itu dipilih sendiri oleh Ali ketika hidupnya

Ali meninggal dunia 3 Jun 2016 pada usia 74 tahun selepas sekian lama menderita penyakit Parkinson.

Dia memang mahu dikebumikan di bandar kelahirannya, tempat dia belajar bertinju, membina sebuah muzium dan juga mempunyai jalan sempena namanya. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan