Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pusaka agih bantuan kepada mangsa gempa bumi

Sinawat (lima dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada Bernard. - foto Kalawon Sawing
Sinawat (lima dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada Bernard. – foto Kalawon Sawing

RANAU – Persatuan Tujuh Jurusan Keluarga Keturunan Pahlawan [email protected] (Pusaka) menyampaikan sumbangan kepada tabung gempa bumi Ranau melalui Jawatankuasa Bencana Alam Daerah Ranau.

Pengerusi Pusaka, Sinawat Antakah berkata, sumbangan dalam bentuk kewangan itu diserahkan kepada Jawatankuasa Bencana Alam Daerah selaku penyelaras bantuan kepada mangsa gempa bumi Ranau.

“Seperti Pertubuhan dan Persatuan yang lain PUSAKA juga bersimpati dan bersedih dengan apa yang berlaku di daerah ini kerana ia bukan sahaja menyebabkan kerosakan beberapa buah rumah tetapi turut meragut nyawa” katanya.

Majlis ringkas penyampaian sumbangan itu diserahkan kepada Setiausaha Bencana Alam Daerah, Bernard Kimsin di Pejabat Daerah Ranau, di sini semalam.

Sementara itu, Bernard yang juga Penolong Pegawai Daerah Ranau yang menerima sumbangan itu mengalu-alukan usaha Pusaka dalam menghulurkan sumbangan bagi membantu mangsa gempa bumi Ranau. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah 

Komen


Berita Berkaitan