Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,728

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pupuk semangat perpaduan demi keamanan

3:10pm 25/06/2016 Leolerry Lajius 13 views Tempatan
Arifin menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima sempena majlis berkenaan.

Arifin menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima sempena majlis berkenaan.

KOTA KINABALU: Sifat kasih sayang, persaudaraan dan prihatin perlu diteruskan dan disuburkan sepanjang masa agar kesejahteraan rakyat dan perpaduan umat islam terus dapat diperkukuhkan.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Haji Mohd. Ariffin Hj. Mohd. Arif berkata, dengan terbentuknya masyarakat sedemikian, maka sudah pasti keamanan dan kedamaian di muka bumi ini akan terjamin.

“Demikian juga dalam konteks masyarakat di negeri ini, semua lapisan masyarakat perlu sentiasa bertolak ansur, bekerjasama dan sentiasa berprasangka baik bagi menjadikan negeri ini sentiasa aman dan damai,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena majlis penyampaian sedekah jariah Al-mubarak Masjid Bandaraya Kota Kinabalu mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman, di sini, hari ini.

Seramai 210 orang asnaf telah menerima sumbangan sempena majlis berkenaan.

Sementara itu, mengulas mengenai kes 14 orang pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke Mesir yang  dikatakan meminta derma atas nama persendirian, beliau berkata kesemua pelajar berkenaan adalah dibantu oleh pusat zakat.

“Seramai 14 orang pelajar yang menjadi viral di laman sosial itu,  menerima bantuan daripada pusat zakat dan tergolong dalam senarai lebih 30 orang pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke Mesir dalam pelbagai bidang,”katanya ketika ditemui media selepas majlis berkenaan. -Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Ariffin (tengah) mengambil gambar bersama ahli jawatankuasa pelaksana majlis berkenaan.

Ariffin (tengah) mengambil gambar bersama ahli jawatankuasa pelaksana majlis berkenaan.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan