Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pupuk semangat kesukanan tinggi

Hamisa Samat (kiri) menyampaikan hadiah kepada para pemenang kejohanan badminton di Tawau.
Hamisa Samat (kiri) menyampaikan hadiah kepada para pemenang kejohanan badminton di Tawau.

TAWAU – Semangat kesukanan harus dipupuk dalam kalangan masyarakat agar ia dapat dijadikan sebagai budaya dan amalan hidup sihat oleh rakyat pelbagai peringkat umur di negeri ini.

Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat negeri, Datuk Hamisa Samat berkata, aktiviti sukan seperti badminton sememangnya sentiasa mendapat tempat di hati para peminat sukan paling popular di negara ini.

“Ini jelas dapat dilihat daripada semangat yang ditonjolkan oleh skuad badminton negara dalam usaha melahirkan jaguh-jaguh dunia dalam arena sukan badminton kini,” katanya dalam ucapan perasmian pertandingan badminton anjuran Kumppulan Selawat Kampung Sungai Iman, Kalabakan Tawau, di sini semalam.

Menurutnya, sukan mempunyai peranan penting dalam proses pembangunan sesebuah negara disamping menjadi ukuran kepada mutu hidup masyarakat sesebuah negara.

Katanya, pencapaian cemerlang dalam bidang ini menunjukkan mutu kehidupan masyarakat  adalah tinggi.

“Selain itu, sukan juga merupakan tapak semaian yang mampu menyuburkan semangat sukarela dan pengorbanan rakyat kepada bangsa dan negara,” ujarnya.

Beliau menambah, aktiviti sukan juga menjadi penyumbang kepada penyatuan bangsa disamping menanam perasaan cinta dan setia kepada negara .- oleh Dewiana Tinggolongon / SayangSabah

 

Komen


Berita Berkaitan