Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pupuk rasa cinta negara perlu bermula sejak kanak-kanak

KOTA KINABALU, 13 Sept (Bernama) — Menyedari pentingnya memupuk semangat cintakan negara dalam kalangan kanak-kanak lebih-lebih menjelang sambutan Hari Malaysia ini, Pusat Minda Lestari (PML), Universiti Malaysia Sabah (UMS) juga tidak mahu ketinggalan untuk menyumbang ke arah itu.

Pengarahnya Aidah Noordin berkata sebagai rakyat negara merdeka, perasaan cintakan negara perlu dipupuk ke dalam diri setiap kanak-kanak di negara ini yang mempunyai hak pendidikan sama rata walaupun mereka berbeza kaum dan agama.

“Kita haruslah berbangga dengan negara kita, bukan sekadar mendengar atau melaungkan ‘Merdeka’ tetapi perlu difahami, dijiwai dan diterjemahkan dalam kehidupan seharian kita,” katanya ketika berucap sempena Program Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2018, di sini, hari ini.

Katanya adalah penting juga bagi rakyat Malaysia memupuk semangat ingin merdeka daripada pemikiran negatif untuk diri sendiri serta menanam semangat sama dalam kalangan kanak-kanak, keluarga, organisasi dan juga negara.

Program dengan kerjasama Putra Associates itu bertujuan menerapkan rasa bangsa menjadi rakyat Malaysia serta semangat patriotik ke dalam diri 160 kanak-kanak berusia antara lima dan enam tahun PML berkenaan.

Antara aktiviti yang diadakan ialah perarakan kemerdekaan mengibarkan Jalur Gemilang, pertandingan menghasilkan buku skrap merdeka, pertandingan nyanyian lagu-lagu patriotik dan pertandingan pakaian tradisional.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan