Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pupuk nilai kasih sayang dalam keluarga: Hamisa

TAWAU – Rakyat di negeri ini diminta supaya memupuk dan meningkatkan lagi nilai kasih sayang dalam institusi keluarga masing-masing bagi mewujudkan sebuah keluarga yang bahagia dan harmoni.

Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat  negeri, Datuk Hamisa Samat,  setiap rakyat harus menjadikan slogan ‘Keluargaku Syurgaku’ sebagai suatu impian yang perlu dicapai.

“Kasih sayang tidak akan lahir secara semula jadi sebaliknya perlu dipupuk sepanjang masa seterusnya dijadikan sebagai salah satu amalan dalam kehidupan seharian,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan sambutan Maulidur Rasul peringkat  Kampung Kalabakan di sini yang dianjurkan Kumpulan Selawat Khairunisa Tawau.

Hamisa juga berkata, golongan ibu boleh memainkan peranan penting dalam membantu mencapai usaha tersebut dengan memberikan tauladan murni kepada anak masing-masing serta masyarakat sekelilingnya.

“Seorang ibu juga harus mengambil berat mengenai perkembangan anak dan mempunyai strategi bagi mempengaruhi tingkah laku mereka dalam menjadi seorang yang berjaya,” katanya lagi. – oleh Nuzir Andi Samsiar / sayangsabah

MAULIDUR RASUL... Hamisa menyertai penduduk Kampung Kalabakan menjayakan sambutan Maulidur Rasul.
MAULIDUR RASUL… Hamisa menyertai penduduk Kampung Kalabakan menjayakan sambutan Maulidur Rasul.

Komen


Berita Berkaitan