Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pupuk kerjasama ahli UMNO melalui penganjuran sukan

9:41pm 12/03/2016 Leolerry Lajius 24 views Tempatan
Faisyal menunjukkan kebolehannya bermain boling sambil diperhatikan oleh pengunjung yang hadir dalam kejohanan tersebut. -Gambar Oleh Alex Mairin

Faisyal menunjukkan kebolehannya bermain boling sambil diperhatikan oleh pengunjung yang hadir dalam kejohanan tersebut. -Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: “Jadikan aktiviti sukan untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan ahli dan juga sebagai salah satu platform memupuk kesedaran tentang penjagaan kesihatan.”

Demikian ungkapan Ketua UMNO Bahagian Kota Kinabalu Datuk Hj. Faisyal Yusof Hamdan Dieogo, ketika Karnival Sukan UMNO sempena ulang tahun ke-70 parti itu yang diadakan di Sutera Harbour Marina and Country Club.

Faisyal turut menyatakan bahawa UMNO Kota Kinabalu akan terus menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan akan terus memperkukuhkan UMNO di kawasan beliau dengan mengutamakan kepada aspek pendaftaran pengundi baru.

“Kita akan mengutamakan kepada aspek pendaftaran pengundi baru di samping akan terus menggerakkan kerjasama dalam kalangan ahli dengan membuat program seumpama ini.”

“Walaupun berhadapan dengan senario politik yang mencabar tetapi UMNO Kota Kinabalu akan terus menyokong kepimpinan sedia ada,”katanya.

Mengulas mengenai tindakan Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir yang keluar daripada UMNO beliau berkata, tindakan itu tidak akan menggoyahkan sokongan mereka kepada kepimpinan sedia ada.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan