Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,728

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pupuk budaya berwaspada dalam diri anak- anak

10:49am 25/06/2016 Elezebeth Esther Onjining 12 views Tempatan
SUMBANGAN....Samsudin menyampaikan bungkusan bubur lambuk kepada masyarakat setempat dan pengguna jalan raya untuk berbuka puasa

SUMBANGAN….Samsudin menyampaikan bungkusan bubur lambuk kepada masyarakat setempat dan pengguna jalan raya untuk berbuka puasa

SANDAKAN- Budaya berhati- hati perlu diterapkan dalam setiap diri anak- anak agar menjadi lebih peka dam tidak mudah terjerat dengan sindiket jenayah antarabangsa, kata Adun Sekong, Datuk Samsudin Yahya.

Menurut beliau, anak- anak terutamanya yang masih kecil kurang faham mengenai perkara yang boleh mendatangkan mudarat atau bahaya kepada diri mereka.

Justeru itu, katanya, ibu bapa perlu mengawasi pergerakan anak masing- masing bagi mengelakkan mereka terdedah kepada keadaan yang membahayakan keselamatan.

” Dalam hal ini, menjadi tanggungjawab kita semua ambil tahu ke mana mereka pergi, perhatikan ke mana mereka pergi dan apa yang mereka lakukan. Kanak- kanak bawah umur masih tanggungjawab ibu bapa,” katanya.

Beliu berkata demikian semasa merasmikan program memasak dan mengagihkan bubur lambuk anjuran Kawasan Rukun Tetangga Apartmen Indah Jaya dan Masjid Nurusyakirin Taman Indah Jaya, disini, baru- baru ini.

Tegasnya, kesibukan bekerja tidak boleh menjadi alasan untuk tidak mengawasi anak- anak mereka.

” Kesibukan bekerja kedua- dua ibu bapa tidak sewajarnya dijadikan alasan untuk mengabaikan pergerakan anak kerana ibubapa boleh mencari pengasuh yang sesuai untuk menjaga anak ketika tidak berada di rumah,” katanya.

Sementara itu, program tersebut bertujuan mengeratkan ukhwah diantara satu sama lain dan memupuk semangat saling bekerjasama terutamanya ketika bulan Ramadan ini. – Elezebeth Esther/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan