Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,651

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pupuk amalan menziarahi pesakit- Dewanita

10:48am 25/06/2016 Leolerry Lajius 16 views Tempatan
HALIMAH menyampaikan cenderahati berupa hamper kepada wakil unit Perhubungan Awam Hospital Queen Elizabeth I.

HALIMAH menyampaikan cenderahati berupa hamper kepada wakil unit Perhubungan Awam Hospital Queen Elizabeth I.

KOTA KINABALU: Rombongan Dewan Wanita (Dewanita) dibawah Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Sabah (DPMMS) mengadakan program Ziarah Ramadan 2016 di Wad Penjagaan Palialatif Hospital Queen Elizabeth I (HQE1), di sini kelmarin.

Pengerusi Dewanita Sabah Dayang Halimah Md Yusof berkata, program berkenaan adalah salah satu kaedah merapatkan silaturahim antara ahli dewan perniagaan dengan pesakit pusat perubatan tanpa mengira agama, bangsa mahupun keturunan.

“Kami selaku penyelaras program ingin memberikan sokongan motivasi, bermesra dan menyalurkan sedikit sebanyak bantuan kepada golongan yang memerlukan bantuan terutamanya pada bulan ramadan yang mulia ini.

“Di samping itu, ziarah ini juga bagi menyahut seruan kerajaan dan menunjukkan keprihatinan DPMMS serta menyampaikan mesej kepada masyarakat mengenai kepentingan amalan menziarahi pesakit,” katanya ketika ditemui Utusan Borneo pada Program Ziarah Ramadan, di sini kelmarin.

Selain itu Halimah juga merakamkan penghargaan kepada Yang Dipertua DPMMS Datuk Ag. Buthaman Ag Mahmun atas sokongan tidak berbelah bagi dalam menjayakan program sedemikian.

Katanya, ia selaras dengan misi DPMMS iaitu memberi penekanan kepada keperluan kumpulan ahli-ahli perniagaan di Sabah melalui strategi, kaedah dan penganjuran program tertentu.

“Kita juga mahu menyampaikan maklumat terkini mengenai aktiviti yang dilaksanakan oleh dewan perniagaan yang bukan hanya dari aspek perniagaan sahaja sepertimana objektif penubuhan kumpulan ahli-ahli Dewan perniagaan,” katanya.

Justeru, beliau berharap agar matlamat program itu mencapai objektif dan berharap agar program sedemikian akan terus dilaksanakan seterusnya menjadi aktiviti tahunan buat dewan perniagaan berkenaan.

Terdahulu, sebanyak 11 bungkusan kuih raya dan sumbangan duit raya kepada pesakit-pesakit dan kakitangan wad pada program berkenaan.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi Dewanita Norly Abdullah, Setiusaha Dewanita Nora Abdulrahim dan Bendahari Dewanita Farah Abdullah./SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan