Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,791

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Punyalah sejuk…

9:39am 24/01/2016 Pak Roshan 12 views Global
GAMBAR yang menunjukkan ‘eksperimen’ lelaki terbabit.

GAMBAR yang menunjukkan ‘eksperimen’ lelaki terbabit.

Ulaanbataar: Seorang lelaki membuktikan betapa sejuknya cuaca di Manzhouli, Inner Mongolia, apabila air mendidih yang dibuang dari cawannya terus bertukar menjadi wap.

Lelaki berkenaan melakukan eksperimen itu dalam keadaan cuaca -24 Celsius yang dirakam rakannya.

Dengan memakai kot hitam dan bersarung tangan tebal, lelaki itu dilihat berdiri di tengah dataran yang lengang sambil memegang cerek dan cawan.

Dia kemudian dilihat menuangkan air yang menggelegak dengan berhati-hati ke dalam cawan berkenaan dengan deruan angin kuat turut didengar.

Lelaki itu yang tidak dikenali identitinya kemudian melangkah setapak ke belakang sebelum mencampakkan air mendidih itu dari cawan berkenaan. –  Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan