Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,643

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Punya kuasa gelombang

10:29am 11/09/2016 Pak Roshan 33 views Global
RAIKAR mahu dicatatkan dalam Buku Rekod Limca kerana kebolehannya. - MailOnline

RAIKAR mahu dicatatkan dalam Buku Rekod Limca kerana kebolehannya. – MailOnline

New Delhi: Seorang lelaki mendapat gelaran ‘lelaki magnet India’ apabila mampu melekatkan peralatan besi termasuk sudu dan paku pada kulitnya menggunakan ‘gelombang khas.’

Arun Raikar dari Sagar, Madhya Pradesh, kali pertama menyedari kebolehan itu pada awal tahun ini, dan kini dia juga mampu melekatkan besi seberat 10 kilogram pada badannya.

Dalam satu video, Raikar dilihat berjalan dengan dua ketulan besi masing-masing seberat lebih lima kilogram, dilekatkan pada dadanya dengan disambut tepukan serta sorakan orang ramai.

Satu besi berkenaan dilaporkan seberat 5.225 kilogram manakala yang kedua 5.266 kilogram.

Video itu turut menunjukkan objek lain yang mampu melekat pada Raikar menggunakan ‘gelombang khas’ termasuk sudu dan paku. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan