Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Punca utama gangguan elektrik di Kiulu disebabkan sentuhan pokok

Datuk Bobbey Suan
Datuk Bobbey Suan

KOTA KINABALU- Punca utama gangguan bekalan elektrik di kawasan Kiulu adalah disebabkan sentuhan di antara pokok dengan talian atas elektrik SESB serta kejadian tanah runtuh yang mengakibatkan tiang tumbang.

Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur, Datuk Bobbey Suan berkata pihak SESB telah menjalankan aktiviti pembersihan rentis talian atas secara agresif dengan melantik lebih ramai kontraktor.

“Usaha ini telah berjaya mengurangkan gangguan bekalan elektrik berbanding pada tahun-tahun sebelumnya.”

“Bagi tempoh Februari 2015 hingga Ogos 2015 sahaja, SESB telah membelanjakan RM19 juta untuk kerja-kerja pembersihan rentis talian pembekal elektrik di seluruh Sabah di mana RM1.86 juta dari amaun itu telah digunakan di daerah Tuaran,termasuk Kiulu,” katanya dalam sidang di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini (Rabu).

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu , Datuk Joniston Bangkuai yang bertanyakan mengenai sebab-sebab berlaku gangguan bekalan elektrik yang kerap di kawasan Kiulu dan tindakan susulan untuk mengatasinya.

Bobbey memberitahu, aktiviti pembersihan rentas telah berjaya meningkatkan dayaharap sistem bekalan elektrik di kawasan Kilu di mana indeks Tempoh Purata Gangguan Sistem bagi kawasan tersebut telah berjaya dikurangkan dari lingkungan enam hingga sembilan minit sebulan kepada hanya dua hingga tiga minit sebulan.

Katanya beberapa projek penukaran talian atas tidak bertebat kepada talian atas bertebat jenis Aerial Bundied Cable ((ABC) juga telah dan sedang dilaksanakan untuk kawasan berkenaan.

Jelasnya, bagi tempoh September 2014 hingga Ogos 2015 SESB telah membelanjakan RM0.4 juta untuk pelaksanaannya di Kiulu.

Terdahulu beliau berkata, pembekal elektrik di kawasan Kiulu mejoritinya menggunakan talian atas tidak bertebat.- Oleh Dewiana Tinggolongon / sayangsabah.

Komen


Berita Berkaitan