Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

‘Punca Shafie menderhakai Umno adalah kerana mahu jadi TPM’- Musa

Musa ketika menyampaikan ucapan sempena majlis berkenaan. -Gambar Oleh Alex Mairin

SEMPORNA: Ketua Menteri Sabah Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman mendedahkan, faktor yang menyebabkan mantan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Shafie Apdal menderhaka terhadap Umno adalah kerana mahu mengejar cita-citanya untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Menurut Musa, tindakan mantan Timbalan Perdana Tan Sri Muhyiddin Yasin yang mahu menjadi Perdana Menteri pada ketika itu menyebabkan Shafie juga menanam angan-angan untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri.

“Punca dia (Shafie) menderhaka terhadap Umno adalah kerana mahu mengejar cita-citanya untuk menjadi Timbalan Perdana, tindakan itu mencerminkan bahawa dia hanya mengejar jawatan dan tidak ikhlas dalam perjuangan membantu rakyat,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis Pelancaran Pusat Pelancongan Antarabangsa Semporna, Penyerahan Geran Tanah Native Title (NT) Geran Tanah PANTAS dan Pengisytiharan Status Pejabat Daerah Kecil Bum Bum di Dataran Regatta Lepa, di sini, hari ini.

Musa turut menjelaskan, selepas mantan menteri KKLW itu keluar daripada Umno beliau telah menyebarkan fitnah dengan menuduh dirinya (Musa) sebagai punca beliau digantung dalam Umno.

“Beliau cuba menyebarkan fitnah dengan menuduh saya yang menyebabkan beliau digantung dalam Umno walhal kisah sebenarnya adalah disebabkan angan-angannya untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri,”katanya.

Yang turut hadir Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, barisan pemimpin negeri Sabah, dan hampir 20,000 orang ramai yang turut membanjiri Dataran Regatta Lepa./Sayang Sabah

Orang ramai yang membanjiri Dataran Regatta Lepa Semporna sempena majlis berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

Komen


Berita Berkaitan