Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PUNCA INSIDEN NAHAS QZ8501 PERLU DIKETAHUI UNTUK KESELAMATAN INDUSTRI PENERBANGAN

ltl

MELAKA, 8 Jan : Punca insiden pesawat AirAsia Indonesia penerbangan QZ8501 perlu diketahui untuk keselamatan industri penerbangan di masa hadapan, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata siasatan ke atas insiden itu penting supaya industri penerbangan tahu apa yang berlaku ke atas pesawat itu sama ada berada dalam keadaan cuaca buruk atau dalam situasi berbeza supaya pesawat lain tidak mengalami nasib yang sama.

“Kami perlu tahu keadaan kemalangan itu termasuk juruterbang dan tindak balas pesawat untuk memastikan pesawat lain, Indonesia mengetuai siasatan dan kami berharap dapat membantu mereka.

Mereka telah menemui ekor pesawat dan berharap mereka akan menemui kotak hitam tidak lama lagi, kotak hitam itu dijangka banyak membantu penyiasatan, katanya pada sidang media di sini malam tadi.

Terdahulu, Liow merasmikan Festival Taman Universiti Multimedia di kampusnya di Bukit Beruang di sini.

Penerbangan QZ8501 yang menggunakan pesawat Airbus A320-200 membawa 162 penumpang dan anak kapal, berlepas dari Surabaya, Indonesia, pada 5.20 pagi Ahad dan dijadual tiba di Lapangan Terbang Changi Singapura pada 8.30 pagi hari sama.

Kali terakhir pesawat itu berhubung dengan Menara Kawalan Trafik Udara pada 6.12 pagi waktu Indonesia (7.12 pagi waktu Malaysia).

Badan Mencari dan Menyelamat Nasional, Indonesia (Basarnas) yang disertai beberapa negara termasuk Malaysia dengan tiga kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), menemui 40 mayat.

Daripada jumlah itu, sebanyak 16 mayat mangsa nahas terbabit telah dikenal pasti dan diserahkan kepada anggota keluarga masing-masing.

Sementara itu, Liow berkata bencana banjir yang melanda negara baru-baru ini menunjukkan betapa rakyat Malaysia yang berbeza latar belakang mampu bersatu membantu mereka yang memerlukan.

“Banjir ini sebenarnya telah menyatukan kita sebagai rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum atau latarbelakang lain kita bersama sebagai satu keluarga menderma menghulur tenaga untuk membantu anggota keluarga kita rakyat Malaysia yang
memerlukan.

“Ini bukti jelas keharmonian di kalangan rakyat amat kukuh dan generasi muda perlu mempelajarinya, seterusnya mewarisi dan meneruskan keharmonian ini pada masa hadapan,” katanya.– BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan