Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Puluhan terbunuh di Aleppo

SUKARELAWAN pertahanan awam Syria yang dikenali sebagai Helmet Putih mengusung seorang lelaki yang cedera akibat serangan udara tentera Syria di Aleppo, kelmarin.
SUKARELAWAN pertahanan awam Syria yang dikenali sebagai Helmet Putih mengusung seorang lelaki yang cedera akibat serangan udara tentera Syria di Aleppo, kelmarin.

Aleppo: Tentera Syria membunuh puluhan orang awam dengan serangan udara di sekitar bandar Aleppo kelmarin, walaupun selepas bersetuju membenarkan konvoi membawa bantuan makanan ke 12 kawasan yang dikepungnya di bandar itu.

Serangan terhadap bandar Aleppo itu adalah yang paling sengit dalam masa sebulan.

Koresponden AFP berkata, lebih 12 bom tong digugurkan di daerah yang dikuasai kumpulan penentang di timur bandar itu.

Empat belas orang mati apabila bas yang mereka naiki turut menjadi sasaran pengeboman.

Kumpulan pertahananan awam yang digelar Helmet Putih berkata, sekurang-kurangnya 43 orang awam terbunuh dalam keganasan terbaru tentera Syria itu.

“Sebahagian mangsa ditimpa runtuhan bangunan,” kata seorang sukarela yang hanya mahu dikenali sebagai Khaled.

Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Syria berkata, semua yang bergerak menjadi sasaran, dalam serangan itu tidak kira orang atau kenderaan. – AFP/HMetro

Komen


Berita Berkaitan