Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Puluhan ribu hilang rumah

tokyo2

TOKYO: Taufan Neoguri melanda pulau utama Jepun semalam, menyebabkan banjir, pokok tumbang dan di sesetengah tempat menenggelamkan sebahagian rumah.

Puluhan ribu penduduk pula digesa segera mencari tempat perlindungan. Taufan itu menyebabkan beberapa orang maut dan banyak kerosakan mencetuskan kelam-kabut di banyak bandar kecil ketika penduduk setempat bergelut menyelamatkan harta benda masing-masing.

Lebih 500 rumah di beberapa wilayah dinaiki air dan stesen penyiar NHK melaporkan, kira-kira 130,000 orang dinasihat meninggalkan kediaman masing-masing untuk menyelamatkan diri.

Pegawai kerajaan mengingatkan mengenai ancaman banjir dan tanah runtuh. Neoguri membadai Akune City di selatan Pulau Kyushu yang didiami 13 juta penduduk pagi semalam.
Ia diramal tiba di Pulau Honshu yang menempatkan Tokyo dan Osaka hari ini. – AFP

Komen


Berita Berkaitan