Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pulau produk makanan Perancis

MUSLIMAH Kyrgyzstan memegang poster ‘Saya sayangkan Muhammad’ ketika menunjuk perasaan membantah tindakan biadap majalah satira Perancis Charlie Hebdo di Bishkek, semalam.
MUSLIMAH Kyrgyzstan memegang poster ‘Saya sayangkan Muhammad’ ketika menunjuk perasaan membantah tindakan biadap majalah satira Perancis Charlie Hebdo di Bishkek, semalam.

Riyadh: Sebahagian rakyat Saudi dan warga asing yang menetap di negara itu menggesa diadakan kempen memulaukan barangan keluaran Perancis sebagai cara membantah kartun menghina umat Islam yang diterbitkan majalah satira di negara itu Charlie Hebdo minggu lalu.

“Kita perlu memulaukan produk makanan dan minyak wangi Perancis dan menjejaskan ekonomi negara itu untuk mengajar mereka kerana tidak mengendahkan perasaan umat Islam. Ia antara penyelesaian terbaik untuk mempertahankan Islam dan Nabi Muhammad SAW, menurut mesej yang dimuat naik seorang pengguna di laman sosial negara itu.

Pengguna lain pula menamakan beberapa produk popular Perancis yang boleh didapati di Arab Saudi yang perlu dipulaukan.

Penduduk tempatan, Adel Hassan berkata, dia akan menyertai kempen itu.

“Saya berhenti membeli produk Perancis kerana kartun yang menghina Islam,” katanya.

Pengguna laman sosial di Jordan juga melancarkan kempen serupa – ‘Pulau Perancis.’

Aktivis menggesa rakyat negara itu bertindak terhadap pelaburan Perancis, termasuk memulaukan stesen minyak Total dan pasar raya Carrefour.

Beberapa syarikat Perancis di Jordan dilapor mengambil khidmat syarikat perhubungan awam menangani perkembangan itu. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan