Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,644

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pulangan koperasi hampir RM2 juta

7:08pm 01/11/2015 Ann Vivien 29 views Perniagaan,Tempatan

SEMPORNA: Sebanyak 39 buah koperasi dengan keanggotaan seramai 9, 266 orang yang berdaftar di Parlimen Semporna mencatatkan pulangan pendapatan menghampiri RM2 juta.

Pengerusi Majlis Perundingan Koperasi Parlimen Semporna, Dato’ Hisham Abd Fattah berkata, koperasi-koperasi melibatkan jumlah syer sebanyak RM56, 170 dan aset bernilai RM10.7 juta.

“Saya percaya bilangan koperasi berkualiti akan lebih banyak wujud di daerah ini dan  dapat menarik minat rakyat untuk melibatkan diri dengan gerakan koperasi,” katanya semasa Program Kesedaran Berkoperasi Peringkat Parlimen Semporna, di Dewan Perpustakaan Semporna.

Hisham berkata, ketika ini terdapat sebanyak 19 koperasi berada di Dewan Undangan Negeri (DUN) Senallang dan masing-masing 10 di DUN Bugaya dan Sulabayan.

Tambahnya, penglibatan rakyat dengan gerakan koperasi mampu membantu meningkatkan taraf hidup melalui aktiviti perniagaan yang boleh diceburi melalui sektor koperasi.-Alanna Adam/Sayangsabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan