Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pulau Mantanani akan dibangunkan sebagai pulau rendah karbon

 

Pulau Mantanani-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA BELUD: Kerajaan akan membangunkan Pulau Mantanani menggunakan tenaga hijau ke arah menjadikan pulau ini sebagai pulau rendah karbon seperti yang akan dibangunkan di Pulau Langkawi.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, satu pelan induk pembangunan rendah karbon akan dibangunkan di pulau ini yang akan menjadi sebahagian daripada inisiatif hijau negara.

“Selepas ini, segala pembangunan infrastruktur di pulau ini akan dirancang berdasarkan prinsip kesan karbon rendah dan kelestarian alam sekitar melalui aplikasi teknologi hijau,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis Penyerahan Jentera dan Peralatan bagi Perkhidmatan Pengurusan dan Pembersihan Sisa Pepejal di Pulau Mantanani, di sini, hari ini.

Mengulas mengenai penyerahan jentera pengurusan sisa pepejal, beliau menyatakan, penyediaan jentera serta peralatan bagi perkhidmatan pengurusan sisa pepejal akan dapat meningkatkan lagi tahap kebersihan di pulau berkenaan yang ketika ini tidak mempunyai sistem pengurusan sisa pepejal yang sistematik.

Sebanyak RM2.84 juta diperuntukkan dalam projek ini bagi pembelian peralatan dan jentera manakala kos operasi dan penyelenggaraan jentera pula dijangka sebanyak RM1 juta setahun.

Abdul Rahman turut menyatakan, beliau juga telah berbincang dengan Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk menyalurkan bajet bagi tujuan pembinaan jeti di pulau ini dan juga pembinaan jeti di tanah besar Kota Belud yang akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.

“Pentingnya jeti ini adalah untuk memudahkan serta mengembangkan industri pelancongan di pulau ini dan sebanyak RM17 juta yang akan diperuntukkan bagi projek ini, “katanya.

Beliau turut mengumumkan sejumlah RM5 juta peruntukan bagi tujuan pembinaan klinik di Pulau Mantanani kerana setakat ini pulau ini tidak mempunyai kemudahan klinik.

“Pra pelaksanaan bagi pembinaan klinik ini telah selesai dan pelaksanaan pembinaan akan dimulakan pada tahun ini, “katanya. -Oleh Leolerry Lajius/SayangSabah

Abdul Rahman mengendalikan salah sebuah jentera yang digunakan sebagai melupuskan sisa pepejal di pulau berkenaan. -Gambar Oleh Alex Mairin

Komen


Berita Berkaitan