Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pukul bapa bekas teman wanita angkara cinta

gambar hiasan

 

PENAMPANG: Seorang lelaki menerima 15 jahitan pada kepala selepas dipukul dengan kerusi besi oleh bekas kekasih anak perempuannya di tepi sebuah restoran 24 jam di Taman Suria, di sini, tengah malam tadi.

Kejadian kira-kira 12 tengah malam itu dikatakan berlaku selepas suspek dikatakan marah selepas mendakwa mangsa menghalang hubungan dengan anak perempuan lelaki terbabit.

Susulan kejadian itu, mangsa berusia 50-an menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth (HQE) di Kota Kinabalu, namun keadaannya dilaporkan stabil.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim, berkata siasatan awal mendapati ketika kejadian mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas selesai minum bersama rakan di restoran berkenaan.

KETUA Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim. – Foto Khairull Azry Bidin

“Ketika dalam perjalanan pulang, mangsa dihampiri seorang lelaki yang dikenali dan terus memukul pada kepala menggunakan kerusi besi.

“Akibat kejadian itu, mangsa dikejarkan ke HQE dan menerima 15 jahitan pada kepala,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Haris berkata, siasatan mendapati suspek adalah bekas teman lelaki anak perempuannya dan suspek dipercayai bertindak demikian kerana tidak puas hati terhadap mangsa yang menghalang hubungan suspek dan anak gadisnya.

“Menurut anak perempuan mangsa, dia sudah tidak tidak berhubung dengan suspek. Siasatan masih dijalankan dan polis sedang mengesan suspek terbabit,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan. – BH ONLINE

Komen


Berita Berkaitan