Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,668

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pub terbakar, 23 termasuk kakitangan selamat

9:07pm 10/12/2015 Ann Vivien 669 views Berita Pilihan,Jenayah,Tempatan
Premis hiburan di Kompleks Fajar Tawau yang terjejas dalam kebakaran.

Premis hiburan di Kompleks Fajar Tawau yang terjejas dalam kebakaran.

TAWAU: Seramai 23 orang pengunjung termasuk tiga kakitangan sebuah pub di kawasan Kompleks Fajar berdepan detik cemas apabila penghawa dinginnya terbakar dalam kejadian malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Razali Awang Ahmad berkata, kesemua mangsa berjaya keluar daripada premis tersebut yang dipenuhi dengan asap tebal.

“Turut terbakar adalah kotak dan patung Santa Klaus yang terdapat di dalam premis berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, satu jentera bomba berserta lima anggota dan pegawai bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 9.31 malam dan operasi ditamatkan pada jam 11.37 malam.

Menurutnya, tiada kecederaan dalam insiden itu dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih lagi dalam siasatan.-Alanna Adam/Sayangsabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan