Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,791

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Puak Pembangkang Cuba Elak Sentuh Isu Pindaan Syariah

12:53pm 07/06/2016 Pak Roshan 18 views Mutakhir,Politik
Datuk Seri Salleh Said Keruak

Datuk Seri Salleh Said Keruak

KUALA LUMPUR – Oleh kerana Amanah tidak dapat mengambil sebarang pendirian mengenai pindaan syariah, puak pembangkang cuba mengelak menyentuh isu itu dalam kempen pada pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata ini kerana Amanah tidak mampu sama ada untuk mengisytiharkan bahawa mereka menentang Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) Pindaan 2015 atau menyokongnya.

“Jadi, Amanah terkepit dalam situasi yang tidak memberi mereka sebarang ruang. Amanah memerlukan sokongan kaum Cina dan pada masa yang sama berharap untuk meraih sesetengah daripada sokongan pengundi masyarakat Melayu.

“Amanah tidak dapat mengambil sebarang pendirian mengenai pindaan syariah kerana mereka berkata beberapa hari lalu, mereka tidak menyokong atau menentang pindaan syariah itu tetapi hanyan tidak mahu membuat sebarang pendirian buat masa ini,” kata beliau menerusi catatan dalam blog beliau sskeruak.blogspot.my, malam ini.

Salleh menjelaskan bahawa Amanah juga mengancam untuk menyaman sesiapa sahajas yang mendakwa bahawa mereka menentang pindaan syariah itu.

Pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar pada 18 Jun diadakan selepas kedua-dua penyandangnya terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan