Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,792

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

PTI, dalang utama kepada 11 kes jenayah ditangkap

2:48pm 26/01/2016 Leolerry Lajius 2430 views Jenayah,Tempatan
Chandra menunjukan saspek  geng negro yang belum ditangkap dan kini diburu oleh polis.-Gambar Oleh Alex Mairin

Chandra menunjukan saspek geng negro yang belum ditangkap dan kini diburu oleh polis.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Pihak polis berjaya menahan tiga orang saspek ‘Geng Negro’ yang menjadi dalang kepada 11 kes jenayah di sekitar Kota Kinabalu selepas mengadakan operasi pada 22 sehingga 23 Januari lalu, berikutan kejadian kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di hadapan Suria Sabah.

Kesemua saspek yang ditahan adalah warga asing berbangsa Suluk Filipina iaitu lelaki berusia 22 tahun yang pernah dipenjara pada tahun 2009 selama tiga tahun yang juga dalang utama kepada kumpulan tersebut, seorang lelaki berusia 18 tahun yang mana kedua-duanya didapati positif dadah dan seorang wanita berusia 18 tahun yang bekerja sebagai penjual barang perhiasan.

Saspek dipercayai terlibat dalam 11 kes jenayah di sekitar Kota Kinabalu iaitu kes cubaan samun di belakang CIMB Bank Jalan Gaya pada 20 Januari lalu, kes curi beg tangan dalam kereta di kawasan perkarangan Sekolah Swasta Simon Fung Kingfisher pada 19 Januari lalu dengan nilai kerugian RM 1,800 dan kes samun bersenjatakan parang di Taman Seri Manis pada 18 Januari dengan nilai kerugian RM30,000.

Selain itu suspek juga dipercayai trelibat dengan kes ragut di kawasan parking belakang Public Bank Lido pada 18 Januari dengan nilai kerugian RM500.00, kes curi kereta bawa lari dua kanak-kanak semasa kereta ditinggalkan dengan enjin tidak dimatikan di hadapan Standard Chartered Bank Jalan Gaya pada 15 Januari dengan nilai kerugian RM30,000, kes samun di hadapan rumah di Taman Angsana, Inanam Kelombong pada 14 Januari dengan nilai kerugian RM1,000 serta kes curi kereta Proton Iriz di hadapan bangunan Show Gallery Jalan Tun Fuad Stephen pada 13 Januari dengan nilai kerugian RM30,000.

Supek juga terlibat dengan kes samun di Taman Inanam Laut pada 13 Januari dengan nilai kerugian RM19,000, ragut di lift E Bangunan Center Point Sabah pada 10 Januari dengan nilai kerugian RM900 dan kes curi kereta kancil di hadapan Klinik Malay, Lorong Perindustrian Nounton Inanam dengan nilai kerugian RM7,00

Chandra (Tengah) menunjukkan barang yang dirampas dari 'Geng Negro',-Gambar Oleh Alex Mairin

Chandra (Tengah) menunjukkan barang yang dirampas dari ‘Geng Negro’,-Gambar Oleh Alex Mairin

Menurut Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra, kumpulan ini bergerak seramai dua hingga tiga orang dan melakukan jenayah ragut dan samun dengan menggunakan kenderaan curi dan menggunakan nombor pendaftaran palsu.

“Kumpulan saspek ini juga mensasarkan kenderaan mangsa yang dijumpai meninggalkan kenderaan tanpa dimatikan enjin di kawasan tepi jalan. Hasil ragut akan dijual kepada orang awam untuk tujuan belanja harian dan membeli dadah,” katanya ketika sidang media di IPD Kota Kinabalu pagi tadi.

Kesemua saspek boleh di dakwa di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan, jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan.

Selain itu mereka boleh didakwa di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan  jika sabit kesalahan cubaan melakukan samun boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun dan boleh juga dikenakan denda, Seksyen 379 A Kanun Keseksaan jika disabitkan kesalahan mencuri kenderaan boleh dihukum penjara tidak kurang setahun dan sehingga tujuh tahun dan juga boleh dikenakan denda.

Seksyen 379 Kanun Keseksaan juga boleh dikenakan kepada mereka dimana  jika sabit kesalahan boleh dikenakan Penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih dari tujuh tahun dan boleh juga dikenakan denda, Seksyen 363 Kanun Keseksaan jika disabitkan kesalahan menculik orang dari hak jagaan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun dan boleh juga dikenakan denda dan  Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya1952 yang memperuntukkan denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dari 2 tahun.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Chandra menunjukkan kenderaan yang dicuri saspek.-Gambar Oleh Alex Mairin

Chandra menunjukkan kenderaan yang dicuri saspek.-Gambar Oleh Alex Mairin

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan