Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,655

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

PSSS Badan Induk Silat Negeri Sabah Yang Baharu

6:03pm 12/02/2016 Pak Roshan 154 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
gambar hiasan

gambar hiasan

KOTA KINABALU : Seni silat di Sabah kini mempunyai badan induk baharu yang dikenali sebagai PSSS (PESAKA SABAH) selepas penggabungan dua entiti sebelum ini – Persatuan Seni Silat Sabah (PSSS) dan Persekutuan Silat Kebangsaan Negeri Sabah.

Menurut kenyataan Kementerian Belia dan Sukan Sabah hari ini, keputusan menubuhkan badan induk berkenaan dicapai dalam satu mesyuarat di sini yang dipengerusikan Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan.

Mesyuarat berkenaan turut dihadiri Tan Sri Mohd Ali Mohd Rustam selaku Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan (PESAKA), Setiausaha Agung PESAKA, Datuk Megat Zulkarnain Omardin dan Yang Dipertua PSS Sabah Datuk Iliyas Ibrahim.

“Sehubungan itu, satu Jawatankuasa Interim ditubuhkan bagi mengadakan Mesyuarat Agung Pertama PSSS (PESAKA SABAH) yang akan diadakan dalam masa terdekat sebelum Kejuaraan Silat Negeri Sabah & Jemputan Antarabangsa dari 24-hingga 28 Feb ini,” tambah kenyataan itu.

–BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan