Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PSKS anjur program kesihatan kesedaran kanser, sabtu ini

KOTA KINABALU​: Persatuan Sukarelawan Kanser Sabah (PSKS) akan mengadakan Program Kesihatan Kesedaran Kanser di Grand Merdeka Mall, pada 30 Jun (Sabtu) ini, bermula 8.30 pagi hingga 3.00 petang.

Presiden PSKS, Lawrence Imui berkata program tersebut bertujuan untuk memberi kesedaran terhadap langkah-langkah pencegahan untuk menghindari penyakit kanser dalam kalangan masyarakat umum di Sabah.

Katanya, PSKS memainkan peranan penting sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dalam mewujudkan tahap kesedaran yang tinggi melalui program seumpama itu.

“Masyarakat kita lebih cenderung untuk menghadiri program berbentuk hiburan dan tidak ramai yang mahu mendalami program ilmiah dan kesedaran seperti ini.

“Justeru itu, PSKS menyeru agar masyarakat setempat yang berdekatan untuk mengambil peluang ini untuk mendapatkan maklumat berkaitan penyakit kanser dan mendengar sendiri perkongsian pengalaman daripada penghidap kanser yang masih lagi berjuang untuk melawan penyakit kronik ini,” katanya selepas mesyuarat persiapan terakhir program tersebut di Bilik Mesyuarat Grand Merdeka Mall, petang Rabu.

Hadir sama pada mesyuarat tersebut ialah Pengurus Acara Grand Merdeka Mall, Cherci Chin dan para sukarelawan PSKS.

Program Kesihatan Kesedaran Kanser anjuran PSKS telah diadakan di beberapa buah daerah setakat Jun tahun ini termasuk Ranau, Kudat, Tamparuli, Keningau dan Bongawan.

Orang ramai berpeluang untuk mendapatkan saringan kesihatan seperti pemeriksaan tekanan darah, BMI, ujian gula, kolestrol dan vaksinasi HPV serta ujian Pap Smear oleh Klinik Nur Sejahtera (LPPKN).

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Lawrence Imui, 011-3131 8429 atau Kenny Thomas, 010-226 7060./SayangSabah

Lawrence (dua dari kanan) bersama AJK PSKS merakam gambar kenangan.

Komen


Berita Berkaitan