Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PRU14: 9 Mei Cuti Peristiwa Khas Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan

PUTRAJAYA – Semua sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan akan diberi cuti peristiwa khas pada 9 Mei ini yang merupakan hari mengundi pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Amin Senin.

Dalam kenyataan media susulan pengumuman Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid mengenai perkara itu hari ini, Amin berkata cuti peristiwa khas itu hendaklah tidak melibatkan penutupan asrama murid bagi sekolah-sekolah yang mempunyai asrama.

Selain itu, katanya bagi sekolah-sekolah yang dijadikan pusat mengundi dan melaksanakan persekolahan secara dua sesi, maka sesi petang pada 8 Mei (Selasa) hendaklah ditangguhkan untuk tujuan persiapan PRU14 oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Semua sekolah yang dijadikan sebagai pusat mengundi untuk PRU14 juga hendaklah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak SPR dalam pelaksanaan PRU14 ini,” kata Amin.

Beliau berkata sejumlah 6,941 sekolah di seluruh negara akan dijadikan pusat mengundi bagi PRU14.
​​​​​​​
Amin berkata cuti peristiwa tersebut diberikan bagi memberi ruang kepada pihak SPR melaksanakan proses pilihan raya dengan lancar tanpa terganggu dengan sesi persekolahan.

​​​​​SPR hari ini mengumumkan hari pengundian bagi PRU14 ditetapkan pada 9 Mei, manakala tarikh penamaan calon ditetapkan pada 28 April dan tarikh pengundian awal pada 5 Mei.

​​​​​​– BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan