Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Provokasi gugat keamanan negara: Bung

bong

KINABATANGAN – Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin menasihatkan golongan tertentu di negeri ini agar menghentikan tindakan provokasi dan perbuatan yang boleh menggugat keharmonian dan perpaduan rakyat di negeri ini.

Katanya, akhir-akhir ini terdapat kecendurangan pihak pihak tidak bertanggungjawab mencetuskan pelbagai provokasi terutamanya di media maya yang boleh mengugat keharmonian, keselamatan dan mancabar kedaulatan negara.

Menurut beliau, pihak berkenaan dengan terbuka tidak mengiktiraf sambutan ulang tahun kemerdekaan negara, sebaliknya menjadikan sambutan tersebut sebagai ulang tahun kemerdekaan Sabah termasuklah mengajak rakyat hanya mengibarkan bendera Sabah untuk sambutan kemerdekaan negara tahun ini.

Katanya, lebih membahayakan ialah provokasi yang diwar-warkan oleh pihak pihak bertanggungjawab ini untuk membawa keluar Sabah dari Malaysia.

“Walaupun ia dianggap sebagai provokasi yang ditulis di dalam media tertentu terutamanya Facebook, namun ia memberikan kesan negetif kepada rakyat terutamanya golongan muda yang membacanya dan boleh menggugat keharmonian dan perpaduan rakyat di negara ini.

“Kita minta kerajaan khususnya pihak berkuasa memantau dan sentiasa melihat dan memerhati tindakan golongan berkenaan dan bertindak sewajarnya berlandaskan undang-undang dan peruntukan Perlembagaan,” tegas beliau.

Beliau berkata demikian ketika kepada pemberita selepas melepaskan Jalur Gemilang Kembara Merdeka Kinabatangan, di sini semalam.

Bung Mokhtar yang juga Ketua UMNO Bahagian Kinabatangan menambah, sebagai sebuah negara berbilang kaum, pelbagai anutan agama bakal berhadapan dengan pelbagai cabaran dan kerenah sekiranya provokasi tersebut tidak dihentikan.

“Kita mempunyai saluran tertentu untuk melahirkan rasa ketidakpuasaan kita kepada kerajaan terutamanya dari aspek pembangunan, bukannya dengan cara mencetuskan provokasi yang boleh memporakparanda keharmonian dan keamanan.

“Setiap rakyat harus menanamkan rasa tanggungjawab serta menghormati perlembagaan dan undang-undang negara dan tidak mencabar mengikut kehendak nafsu peribadi tanpa mengambil kira implikasi buruknya kepada rakyat dan negara khususnya generasi muda yang bakal mewarisi kepimpinan pada masa akan datang,” katanya.

bong2

Komen


Berita Berkaitan